Sunday, June 8, 2008

Objektif

Objektif
Syarikat ini telah mensasarkan beberapa objektif untuk dicapai. Objektif ini telah dikaji secara mendalam sebelum menubuhkan syarikat ini. Secara amnya, syarikat ini mempunyai objektif untuk memajukan bidang pertanian selaras dengan usaha kerajaan yang mahu menjadikan “Pertanian Adalah Perniagaan”. Secara khusus pula, objektif syarikat ini adalah untuk:
1. Mengusahakan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat penternakan kambing.
2. Membangunkan pusat penternakan dan pembiakan baka kambing jenis boer.
3. Menambahbaik sistem penternakan kambing yang sedia ada.
4. Meluaskan pasaran bagi produk yang berasaskan kambing.
5. Mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.
6. Menambahkan penglibatan belia didalam bidang penternakan.


Visi

Selaras dengan saranan kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan di negara ini, visi syarikat ini ialah:
Menghasilkan baka boer yang berkualiti tinggi dan mensasarkan bilangan ternakan sebanyak 1000 ekor menjelang tahun 2010.


Misi

Misi syarikat adalah untuk mengkomersialkan produk yang telah sedia ada ke pasaran Malaysia dan Singapura selain memperbaharui sistem ternakan yang sedia ada. Misi syarikat adalah:
Mempertingkatkan usaha bagi menghasilkan ternakan yang berkualiti dan mampu dipasarkan bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan menembusi pasaran luar negara

No comments: